The Malay College Kuala Kangsar

Keputusan SPM 2013: 85 Pelajar Mendapat Semua A

TAHNIAH !. Itulah ucapan yang dapat diungkapkan oleh senua warga MCKK kepada semua pelajar SPM 2013 di atas kejayaan di atas. Gred purata meningkat kepada 1.11 berbanding sasaran 1.30 dan 1.46 (SPM 2012). Seramai 6 pelajar daripada 85 pelajar berkenaan mendapat " Semua A+ ". Pengumuman keputusan SPM 2013 dilakukan oleh Penolong Kanan, Puan Azizah Abu Bakar pada jam 10.30 pagi di Dewan Hargreaves yang mewakili Tuan Pengetua, En Anand bin Baharuddin yang sedang menghadiri seminar International Baccalaureate di Singapura.

Keputusan memberangsangkan ini yang melonjakkan MCKK di tempat ke 3 SBP adalah hasil kerjasama semua pihak:

  • Pengurusan MCKK terdiri dari Pengetua, Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan dan Kaunselor yang membuat dasar kurikulum untuk dilaksanakan di semua peringkat.
  • PIBG yang menyumbangkan dana untuk menjayakan Program Kecemerlangan Akdemik.
  • Guru-guru tingkatan 5 2013 yang gigih berusaha dan menyumbang bakti tidak kira siang dan malam, hujung minggu dan sebahagian waktu cuti penggal.

 

TEMUBUAL RTM BERSAMA HM ANAND

PAUTAN PANTAS

   

   

SINGLE SIGN-ON

Single Sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang  berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang  pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem. 

 

 

MCKK Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.

Pemilihan kelompok 20 SBT yang pertama seperti diumumkan pada 25 Januari 2010 menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Pemilihan MCKK dalam kelompok 20 SBT pertama merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan buat warga sekolah. Secara holistiknya, ianya telah menyuntik semangat kepada para pendidik untuk terus berusaha demi menjaga reputasi sebagai SBT.

 

 

Aktiviti April & Mei 2017

31 Mac- 2 April    Kejohanan Bolasepak SBP B17 (Jemputan)

14–16 April    Karnival Hujung Minggu MCOBA 

22 April     Mesyuarat Agung PIBG

22 April     Piala Sultan Azlan Shah (MCKK-VI)

2–26 Mei     PT3 Sejarah

8–12 Mei     Pep. Pertengahan Tahun (T3)

8–24 Mei     Pep. Pertengahan Tahun (T4 & T5 ) 

Hubungi Kami

          

The Malay College Kuala Kangsar,

Jalan Tun Abdul Razak,

33000 Kuala Kangsar,

Perak Darul Ridzuan,

MALAYSIA.

 

Tel: +605 7761400

Fax: +605 7764500

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PAUTAN PEMBELAJARAN