Minggu Silaturahim Pelajar Tingkatan 1 2015

Pada hari Selasa 13 Januari 2015, pihak MCKK telah menerima kehadiran seramai 99 orang pelajar baharu Tingkatan Satu yang telah ditawarkan untuk memasuki sekolah ini. Para pelajar baharu Tingkatan Satu akan menjalani Minggu Silaturrahim (MSR) bermula daripada 13 hingga 18 Januari 2015 yang akan dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) dengan kerjasama guru-guru, warden, pengawas sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

    Harapan kita adalah agar ahli baru MCKK ini dapat menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran sekolah dengan cepat dan seterusnya mereka dapat menumpukan perhatian kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) dengan lebih berkesan. 


  

Tentatif Minggu Silaturahim (MSR) boleh dimuat turun di SINI