Majlis Pelantikan Pengawas Sesi 2015

SELASA 20 Januari - Bertempat di Auditorium Tun Abdul Razak The Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Majlis Pelantikan Pengawas sesi 2015 telah disempurnakan perasmiannya oleh Y.Bhg. Tan Sri Abd. Ghafar Bin Mahmud , Penasihat “School of Global Excellence”. Beliau yang juga merupakan mantan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia turut menyampaikan watikah pelantikan serta menyampaikan amanat .

Seramai 42 orang pelajar telah dilantik sebagai Pengawas MCKK. Enam orang daripada mereka  telah dilantik sebagai Exco Tertinggi Lembaga Pengawas.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pengawas yang telah dilantik dan diharapkan Lembaga Pengawas MCKK  Sesi  2015 dapat mencurahkan bakti demi meningkatkan nama baik MCKK.  Akhir sekali , sokongan daripada semua warga MCKK diharapkan agar badan kepimpinan tertinggi pelajar ini dapat terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dan dinamik.

  JAWATAN NAMA RUMAH
  Ketua Pengawas Mohd Shafiq bin Faizal Rahimi Mohd Shah
  Timbalan Ketua Pengawas Muhammad Shahiran bin Suhaimi Sulaiman
  Naib Ketua Pengawas Akademik Rahimi bin Rushdan Ahmad
  Naib Ketua Pengawas Hal Ehwal Murid Nazrin bin Rosli Idris
  Naib Ketua Pengawas Kokurikulum Mohamad Raziekh bin Md Rizal Ahmad
  Naib Ketua Pengawas Pengantarabangsaan Imran bin Kamaruddin Idris