The Malay College Kuala Kangsar

5 sekolah dapat pengiktirafan MYPIB [Laporan Berita Harian]

ALOR SETAR: Lima sekolah menengah di negara ini berjaya memperoleh sijil pengiktirafan International Baccalaureate (IB) World School-Middle Years Programme (MYPIB) untuk tempoh lima tahun daripada badan pengiktirafan pendidikan antarabangsa terkemuka, IB Organization. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tapang, Samarahan, Sarawak memperoleh pengiktirafan itu pada 23 Mac lalu; Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak (22 April); SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar (21 Jun); SMK Putrajaya Presint 9 (2), Putrajaya (28 Jun) dan SMK Pantai, Labuan (21 Julai).

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata melalui pengiktirafan ini, lebih 5,000 pelajar Tingkatan Satu hingga Lima di lima sekolah itu berpeluang mengikuti model pembelajaran dengan pendekatan MYPIB yang berteraskan kurikulum 'concept-driven' ke arah menjadikan mereka kreatif, kritis dan berfikiran reflektif. Beliau berkata, program itu mempunyai misi untuk membangunkan generasi muda yang berpengetahuan, berfikiran aras tinggi, bersifat ingin tahu, penyayang serta berfikiran antarabangsa yang dilaksanakan di bawah inisiatif Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). "IB diamalkan di lebih 150 negara dan ia pengiktirafan yang dahulunya hanya diterima sekolah elit swasta yang menawarkan peluang pendidikan untuk golongan tertentu. 

Kini ia berjaya dikembangkan di sekolah harian dan asrama. "Pencapaian ini amat membanggakan kerana lima sekolah ini antara 28 sekolah kerajaan di lima negara rantau Asia-Pasifik yang diiktiraf sebagai IB World School," katanya selepas menyampaikan sijil pengiktirafan MYPIB kepada wakil lima sekolah terbabit di SMK Sultanah Bahiyah, hari ini. Beliau berkata, kementeriannya dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM) sudah merintis program MYPIB pada 2012 untuk dilaksanakan di 10 sekolah menengah seluruh negara dengan misi mendapat pengiktirafan IB World School. Katanya, lima lagi sekolah dalam proses mendapat pengiktirafan sama secara berperingkat ialah Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan; SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan; SMK Seri Tualang, Temerloh, Pahang; SMK Dato' Sheikh Ahmad, Arau, Perlis dan SMKA Sheikh Abd Malek, Kuala Terengganu.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/194113

TEMUBUAL RTM BERSAMA HM ANAND

PAUTAN PANTAS

   

   

SINGLE SIGN-ON

Single Sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang  berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang  pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem. 

 

 

MCKK Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.

Pemilihan kelompok 20 SBT yang pertama seperti diumumkan pada 25 Januari 2010 menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Pemilihan MCKK dalam kelompok 20 SBT pertama merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan buat warga sekolah. Secara holistiknya, ianya telah menyuntik semangat kepada para pendidik untuk terus berusaha demi menjaga reputasi sebagai SBT.

 

 

Aktiviti Julai 2017

AKTIVITI JULAI: 

8 Julai (Sabtu)  Program Kaunseling Tingkatan 5, Ceramah TM BM, Jamuan Aidilfitri dan Dialog Prestasi T5, T4, T3 (Jemputan) 

9 Julai (Ahad)  Bengkel Robotik

11 Julai (Selasa)  UK Education Fair

15 Julai (Sabtu)  Motivasi pelajar bersama Dr Syukri Abdullah 

21 Julai (Jumaat)  Motivasi PT3 oleh Ustaz Don

23 Julai (Ahadt)  Perlawanan Rugbi Tradisi MC-VC 2017

29 Julai (sabtu) Motivasi Guru PPD Cameron Highland

Hubungi Kami

          

The Malay College Kuala Kangsar,

Jalan Tun Abdul Razak,

33000 Kuala Kangsar,

Perak Darul Ridzuan,

MALAYSIA.

 

Tel: +605 7761400

Fax: +605 7764500

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PAUTAN PEMBELAJARAN