The Malay College Kuala Kangsar

Persidangan Antarabangsa Malay College Youth Development Summit (MCYDS) Edisi ke-9

Pada 24-29 September 2016 telah berlangsung persidangan antarabangsa Malay College Youth Development Summit (MCYDS) edisi ke-9 melibatkan 92 peserta dari sekolah menengah dari 4 buah negara. Program tahunan kali ini melibatkan penyertaan 20 buah sekolah dari sekitar Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand.

Program diuruskan sepenuhnya oleh jawatankuasa khas pelajar daripada pelajar tingkatan 4 dengan bimbingan guru. Objektif program, selain memberi peluang kepada para pelajar MCKK mempraktikkan hal-hal kepimpinan menerusi penganjuran program berprestij turut juga memberi manfaat kepada para peserta, terutamanya dalam usaha memberi mereka peluang berinteraksi dan berkongsi pandangan antara satu sama lain. 

Tema yang dipilih pada tahun ini adalah ‘Patriotisme: Liberty &Unity’; memberi fokus kepada nilai dalaman pelajar agar lebih sayang dan cinta akan Negara masing-masing. Antara penceramah jemputan yang diundang pada sesi dialog ialah Y.Bhg.Tun Mohammed Hanif bin Omar dan Y.Bhg.Tan Seri Khoo Kay Kim. 

Dalam sesi persidangan pelajar pula mereka berbincang hal-hal yang mencabar berkaitan dengan tema persidangan. Seterusnya pelajar dibawa ke Stesyen Keretapi Ipoh untuk aktiviti rekreasi disamping menyelami sejarah Malaysia. Pada hari ke-4, setiap peserta dikehendaki mempersembahkan hasil projek mereka menerusi ruang pameran yang disediakan. Pelajar juga menunjukkan bakat mereka menerusi persembahan kebudayaan pada majlis penutup. Pada hari terakhir para pelajar dibawa melawat ketempat-tempat menarik sekitar Kuala Kumpur.

Program MCYDS walaupun pada tahun ini dianjurkan secara serba sederhana, namun komitmen yang ditunjukkan para jawatankuasa pelajar amat mengagumkan. Diharap penganjuran kali ini dapat memberi pengalaman berharga kepada semua peserta. Semoga tahun hadapan, dalam edisi ke-10 persidangan, MCYDS akan lebih meriah dengan sokongan daripada pelbagai agensi. 

Untuk gambar-gambar MCYDS, boleh layari galeri di http://www.mckk.edu.my/summit

 

TEMUBUAL RTM BERSAMA HM ANAND

PAUTAN PANTAS

   

   

SINGLE SIGN-ON

Single Sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang  berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang  pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem. 

 

 

MCKK Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.

Pemilihan kelompok 20 SBT yang pertama seperti diumumkan pada 25 Januari 2010 menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Pemilihan MCKK dalam kelompok 20 SBT pertama merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan buat warga sekolah. Secara holistiknya, ianya telah menyuntik semangat kepada para pendidik untuk terus berusaha demi menjaga reputasi sebagai SBT.

 

 

Aktiviti Julai 2017

AKTIVITI JULAI: 

8 Julai (Sabtu)  Program Kaunseling Tingkatan 5, Ceramah TM BM, Jamuan Aidilfitri dan Dialog Prestasi T5, T4, T3 (Jemputan) 

9 Julai (Ahad)  Bengkel Robotik

11 Julai (Selasa)  UK Education Fair

15 Julai (Sabtu)  Motivasi pelajar bersama Dr Syukri Abdullah 

21 Julai (Jumaat)  Motivasi PT3 oleh Ustaz Don

23 Julai (Ahadt)  Perlawanan Rugbi Tradisi MC-VC 2017

29 Julai (sabtu) Motivasi Guru PPD Cameron Highland

Hubungi Kami

          

The Malay College Kuala Kangsar,

Jalan Tun Abdul Razak,

33000 Kuala Kangsar,

Perak Darul Ridzuan,

MALAYSIA.

 

Tel: +605 7761400

Fax: +605 7764500

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PAUTAN PEMBELAJARAN