The Malay College Kuala Kangsar

Hari Sukan Negara Disambut Meriah di MCKK

SABTU, 8 Oktober – Hari Sukan Negara disambut di MCKK serentak dengan sambutan di seluruh negara. Program ini dianjurkan sebagai simbolik kepada gaya hidup sihat. Setiap jabatan, agensi, pertubuhan dan kelab perlu menganjurkan satu atau beberapa aktiviti sukan untuk disertai oleh komuniti.

Di MCKK, pihak sekolah memilih untuk menganjurkan program ‘10,000 langkah’. Pelajar telah berjalan dari Padang C menuju ke Kampung Kota Lama Kanan menerusi jalan SK Clifford. Mereka menempuh kawasan persekitaran kampung yang hijau serta mendamaikan.

Selain dapat membakar kalori, aktiviti ini juga menjadi satu terapi kepada pelajar menjelangnya musim peperiksaan. Program yang berlangsung selama kira-kira 2 jam ini berakhir pada jam 9.30 pagi. Seterusnya, aktiviti berjalan kaki ini diikuti dengan aktiviti riadah bebas yang lain seperti permainan bola tampar, futsal, tenis dan bola keranjang.

 

TEMUBUAL RTM BERSAMA HM ANAND

PAUTAN PANTAS

   

   

SINGLE SIGN-ON

Single Sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang  berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang  pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem. 

 

 

MCKK Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.

Pemilihan kelompok 20 SBT yang pertama seperti diumumkan pada 25 Januari 2010 menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Pemilihan MCKK dalam kelompok 20 SBT pertama merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan buat warga sekolah. Secara holistiknya, ianya telah menyuntik semangat kepada para pendidik untuk terus berusaha demi menjaga reputasi sebagai SBT.

 

 

Aktiviti April & Mei 2017

31 Mac- 2 April    Kejohanan Bolasepak SBP B17 (Jemputan)

14–16 April    Karnival Hujung Minggu MCOBA 

22 April     Mesyuarat Agung PIBG

22 April     Piala Sultan Azlan Shah (MCKK-VI)

2–26 Mei     PT3 Sejarah

8–12 Mei     Pep. Pertengahan Tahun (T3)

8–24 Mei     Pep. Pertengahan Tahun (T4 & T5 ) 

Hubungi Kami

          

The Malay College Kuala Kangsar,

Jalan Tun Abdul Razak,

33000 Kuala Kangsar,

Perak Darul Ridzuan,

MALAYSIA.

 

Tel: +605 7761400

Fax: +605 7764500

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PAUTAN PEMBELAJARAN