The Malay College Kuala Kangsar

2 pelajar MCKK terpilih untuk program DMGX di Silicon Valley, Amerika Syarikat

CYBERJAYA, 23 – 26 Oktober 2016 - 2 orang pelajar robotik The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) iaitu Saudara Ahmad Hizami bin A. Ghani dan Saudara Syamil Hatim bin Mohamed Zaiman telah berjaya muncul antara 10 orang peserta terbaik dalam Program Digital Maker Global Exchange (DMGX) yang disertai oleh 33 orang peserta dari seluruh Malaysia bertempat di Digital Maker Hub, MDEC, Cyberjaya.

Mereka telah berjaya menerima“Golden Ticket” untuk menyertai satu pertandingan yang akan diadakan di Silicon Valley, San Francisco, USA pada awal bulan Disember ini.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan

TEMUBUAL RTM BERSAMA HM ANAND

PAUTAN PANTAS

   

   

SINGLE SIGN-ON

Single Sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang  berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang  pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem. 

 

 

MCKK Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.

Pemilihan kelompok 20 SBT yang pertama seperti diumumkan pada 25 Januari 2010 menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Pemilihan MCKK dalam kelompok 20 SBT pertama merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan buat warga sekolah. Secara holistiknya, ianya telah menyuntik semangat kepada para pendidik untuk terus berusaha demi menjaga reputasi sebagai SBT.

 

 

Aktiviti Julai 2017

AKTIVITI JULAI: 

8 Julai (Sabtu)  Program Kaunseling Tingkatan 5, Ceramah TM BM, Jamuan Aidilfitri dan Dialog Prestasi T5, T4, T3 (Jemputan) 

9 Julai (Ahad)  Bengkel Robotik

11 Julai (Selasa)  UK Education Fair

15 Julai (Sabtu)  Motivasi pelajar bersama Dr Syukri Abdullah 

21 Julai (Jumaat)  Motivasi PT3 oleh Ustaz Don

23 Julai (Ahadt)  Perlawanan Rugbi Tradisi MC-VC 2017

29 Julai (sabtu) Motivasi Guru PPD Cameron Highland

Hubungi Kami

          

The Malay College Kuala Kangsar,

Jalan Tun Abdul Razak,

33000 Kuala Kangsar,

Perak Darul Ridzuan,

MALAYSIA.

 

Tel: +605 7761400

Fax: +605 7764500

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PAUTAN PEMBELAJARAN