The Malay College Kuala Kangsar

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum MCKK “OSCAR” 2016 berlangsung dengan penuh kemeriahan

Sabtu, 19 November 2016 -  Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum MCKK “OSCAR” 2016 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan di Auditorium Tun Abdul Razak.  

 Anugerah Outstanding Sports And Co-curriculum Achievements Recognition (OSCAR)ini telah dirasmikan oleh Encik Rehman Rashid, seorang bekas pelajar MCKK dan merupakan penulis yang tersohor. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik  Shamsuddin bin Mustapha, wakil daripada BPSBP, Encik Nik Abdul Aziz b. Nik Yaakub, wakil dari Class of ’85 dan wakil daripada Class of ’72 . 

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai jasa dan usaha keras pelajar kolej yang telah berjaya mengharumkan nama MCKK dalam bidang kokurikulum.

Pemenang Anugerah OSCAR edisi 2016 adalah seperti yang berikut :

1. Anugerah Pasukan Sukan Dan Permainan Terbaik ( Bola Keranjang )

2. Anugerah Kelab Dan Persatuan Terbaik ( Kelab Robotik )

3. Anugerah Badan Beruniform Terbaik ( Wind Orchestra )

4. Anugerah Papan Kenyataan Terbaik ( English Debate )

5. Anugerah Projek Kokurikulum Terbaik ( Care J Project – Multipurpose Bed )

6. Anugerah Tokoh Sukan Dan Permainan Harapan ( Muhd Aqil Ainuddin Naufal B. Akram Shah – Sulaiman )

7. Anugerah Tokoh Sukan Dan Permainan Terbaik ( Barriqi B. Mohamad Nazri – Idris )

8. Anugerah Tokoh Kelab Dan Persatuan Harapan ( Muhammad Luqman B. Mohd Nawar – Idris )

9. Anugerah Tokoh Kelab Dan Persatuan Terbaik ( Amir Aniq B. Abdul Hazis – Sulaiman )

10. Anugerah Tokoh Badan Beruniform Harapan ( Muhammad Aiman B. Mohd Amran – Idris )

11. Anugerah Tokoh Badan Unit Beruniform Terbaik ( Muhammad Haziq Fikri B. Muhammad Khidzir – Idris )

12. Anugerah Guru Penasihat Sukan Dan Permainan Terbaik ( En. Rafie B. Muhd Razar )

13. Anugerah Guru Penasihat Kelab Dan Persatuan Terbaik ( En. Mohd. Khaidzir B. Yusoff)

14. Anugerah Guru Penasihat Badan Beruniform Terbaik ( En. Muhd Hazwan B. Abdul Rahim )

15. Anugerah Khas Jurulatih Luar – Mohammad Aza Zharfan B. Azhar Norhalil B. Md Khalid Iqbal Hafiedz

16. Rumah Terbaik 2016 – Rumah Mohd Shah

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Majlis diserikan dengan beberapa persembahan daripada para pelajar MCKK. Antaranya lagu “ Magnificent 7 “ dan “ The Eighties “ daripada MCWO dan persebahan caklempong daripada Kelab Caklempong Sri Inderagara MCKK. 

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis yang telah berjaya menggamit memori semua hadirin yang datang. Semoga pada hadapan kemeriahan anugerah ini akan dapat diteruskan. 

TEMUBUAL RTM BERSAMA HM ANAND

PAUTAN PANTAS

   

   

SINGLE SIGN-ON

Single Sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang  berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang  pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem. 

 

 

MCKK Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.

Pemilihan kelompok 20 SBT yang pertama seperti diumumkan pada 25 Januari 2010 menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Pemilihan MCKK dalam kelompok 20 SBT pertama merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan buat warga sekolah. Secara holistiknya, ianya telah menyuntik semangat kepada para pendidik untuk terus berusaha demi menjaga reputasi sebagai SBT.

 

 

Aktiviti Julai 2017

AKTIVITI JULAI: 

8 Julai (Sabtu)  Program Kaunseling Tingkatan 5, Ceramah TM BM, Jamuan Aidilfitri dan Dialog Prestasi T5, T4, T3 (Jemputan) 

9 Julai (Ahad)  Bengkel Robotik

11 Julai (Selasa)  UK Education Fair

15 Julai (Sabtu)  Motivasi pelajar bersama Dr Syukri Abdullah 

21 Julai (Jumaat)  Motivasi PT3 oleh Ustaz Don

23 Julai (Ahadt)  Perlawanan Rugbi Tradisi MC-VC 2017

29 Julai (sabtu) Motivasi Guru PPD Cameron Highland

Hubungi Kami

          

The Malay College Kuala Kangsar,

Jalan Tun Abdul Razak,

33000 Kuala Kangsar,

Perak Darul Ridzuan,

MALAYSIA.

 

Tel: +605 7761400

Fax: +605 7764500

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PAUTAN PEMBELAJARAN