The Malay College Kuala Kangsar

Briged Bestari MCKK Johan '2016 48 Hours Hackathon Public Sector Open Data'

 

SEPANG,  22 November - Briged Bestari MCKK (MCKK Cybrig) muncul Johan '2016 48 Hours Hackathon Public Sector Open Data'. MCKK Cybrig telah menghantar satu pasukan untuk menyertai pertandingan tersebut. 

Pertandingan yang berkonsepkan ‘big data analytics’ ini telah dihoskan oleh Bahagian Data Terbuka Sektor Awam bawah Unit Pemodenan Pentadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia (MAMPU) dengan slogan ‘Unleashing The Power Of Open Data For Innovation’. Pertandingan ini telah berlangsung di Bangunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 25-27 Oktober 2016. 

Setelah 30 jam bersengkang mata menyiapkan projek dan mempersembahkan produk kepada juri, akhirnya MCKK Cybrig yang terdiri daripada Saudara Afif Thaqif  bin Efendi, Saudara Arief Nur Imran bin Ismail Nor, Saudara Muhamad Fakhrul Khir bin Abdul Samat dan Saudara Nasihin Amir bin Mohd Amin telah terpilih sebagai johan dengan membawa pulang cek kemenangan bernilai RM3,000 serta sijil pencapaian. Hadiah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa di Hotel Sama-Sama, Sepang sempena Persidangan CIO Convex Sektor Awam 2016. 

 

 

Jutaan tahniah kepada pemenang dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan khususnya kepada guru pembimbing Encik Razif bin Abdul Razak.

 

PROGRAM TERKINI

PAUTAN PANTAS

   

   

SINGLE SIGN-ON

Single Sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang  berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang  pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem. 

 

 

MCKK Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.

Pemilihan kelompok 20 SBT yang pertama seperti diumumkan pada 25 Januari 2010 menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Pemilihan MCKK dalam kelompok 20 SBT pertama merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan buat warga sekolah. Secara holistiknya, ianya telah menyuntik semangat kepada para pendidik untuk terus berusaha demi menjaga reputasi sebagai SBT.

 

 

Aktiviti April & Mei 2017

31 Mac- 2 April    Kejohanan Bolasepak SBP B17 (Jemputan)

14–16 April    Karnival Hujung Minggu MCOBA 

22 April     Mesyuarat Agung PIBG

22 April     Piala Sultan Azlan Shah (MCKK-VI)

2–26 Mei     PT3 Sejarah

8–12 Mei     Pep. Pertengahan Tahun (T3)

8–24 Mei     Pep. Pertengahan Tahun (T4 & T5 ) 

Hubungi Kami

          

The Malay College Kuala Kangsar,

Jalan Tun Abdul Razak,

33000 Kuala Kangsar,

Perak Darul Ridzuan,

MALAYSIA.

 

Tel: +605 7761400

Fax: +605 7764500

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PAUTAN PEMBELAJARAN