The Malay College Kuala Kangsar

Maklumat Pendaftaran & Penempatan Pelajar Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 Sesi Persekolahan 2017

PEMBERITAHUAN

Sukacita dimaklumkan, sesi persekolahan 2017 bagi pelajar tingkatan 2 hingga 5 akan bermula pada 3 Januari 2017 (Selasa). Para pelajar akan kembali ke sekolah dan mendaftar semula pada 2 Januari 2017 (Isnin) selewat-lewatnya jam 6.30 petang.

Bagi memudahkan ibu bapa untuk membuat pembayaran yuran, ibu bapa boleh berurusan dengan guru kelas masing-masing di Medan Pelajar bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari pada 2 Januari 2017 (Isnin). Sila beri perhatian kepada Yuran Dobi yang mana pada tahun ini pihak sekolah sedang melakukan penambahbaikan terhadap mutu perkhidmatan. Yuran Dobi adalah DIWAJIBKAN kepada semua pelajar. 

Berikut merupakan maklumat tambahan mengenai pendaftaran dan penempatan asrama pelajar bagi sesi persekolahan 2017. Terima kasih. 

LIHAT MAKLUMAT PENDAFTARAN T2-T5 2017

Penempatan Asrama 2017:

OVERFLOW (MOHD SHAH)

EAST WING (IDRIS)

WEST WING (AHMAD)

PAVILION (SULAIMAN) 

NEW HOSTEL (TINGKATAN 2)

Nota: Kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 tahun 2016 yang membawa pulang ke kampung 'flip cover' iPad sila bawa semula ke MCKK. 

TEMUBUAL RTM BERSAMA HM ANAND

PAUTAN PANTAS

   

   

SINGLE SIGN-ON

Single Sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang  berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang  pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem. 

 

 

MCKK Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.

Pemilihan kelompok 20 SBT yang pertama seperti diumumkan pada 25 Januari 2010 menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Pemilihan MCKK dalam kelompok 20 SBT pertama merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan buat warga sekolah. Secara holistiknya, ianya telah menyuntik semangat kepada para pendidik untuk terus berusaha demi menjaga reputasi sebagai SBT.

 

 

Aktiviti Julai 2017

AKTIVITI JULAI: 

8 Julai (Sabtu)  Program Kaunseling Tingkatan 5, Ceramah TM BM, Jamuan Aidilfitri dan Dialog Prestasi T5, T4, T3 (Jemputan) 

9 Julai (Ahad)  Bengkel Robotik

11 Julai (Selasa)  UK Education Fair

15 Julai (Sabtu)  Motivasi pelajar bersama Dr Syukri Abdullah 

21 Julai (Jumaat)  Motivasi PT3 oleh Ustaz Don

23 Julai (Ahadt)  Perlawanan Rugbi Tradisi MC-VC 2017

29 Julai (sabtu) Motivasi Guru PPD Cameron Highland

Hubungi Kami

          

The Malay College Kuala Kangsar,

Jalan Tun Abdul Razak,

33000 Kuala Kangsar,

Perak Darul Ridzuan,

MALAYSIA.

 

Tel: +605 7761400

Fax: +605 7764500

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PAUTAN PEMBELAJARAN