The Malay College Kuala Kangsar

MCKK Menjuarai eAspirasi Hackathon – Membawa Pulang Hadiah MacBook Pro Touch Bar dan Tajaan Biasiswa Bernilai RM20,000

Pada tahun lalu, MDEC telah memperkenalkan program eAspirasi untuk pelajar dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA). Ia merupakan satu usaha dalam menggalakkan para pelajar mendekati bidang teknologi bagi memudahkan mereka menyambung pelajaran mahupun melangkah ke alam perkerjaan.

Banyak program telah dijalankan di bawah program ini, antaranya eAspirasi Immersion Programme yang memberikan mereka pendedahan dengan bidang teknologi melalui roadshow, career talk, dan juga boot camp. Di bawah program ini turut menyediakan satu pertandingan hackathon yang melibatkan para pelajar peringkat menengah dalam membangunkan aplikasi berasaskan telefon pintar.

Acara akhir untuk program hackathon ini telah berlangsung hari ini di Multimedia University, Cyberjaya dengan menyaksikan 5 pasukan melakukan pitch mengenai aplikasi yang telah dibangunkan. Kemua pasukan ini perlu membentangkan beberapa perkara seperti permasalahan yang dihadapi, cara penyelesaian masalah tersebut melalui aplikasi, dan bagaimana untuk memasarkan aplikasi tersebut di kemudian hari.

Pasukan pertama yang berjaya memenangi hadiah utama adalah pasukan yang membangunkan aplikasi Jack – The Morale Booster yang dibangunkan oleh 3 orang pelajar daripada Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Aplikasi ini membolehkan ibu bapa atau penjaga menerima SMS sekiranya anak-anak mereka menggunakan telefon ketika waktu belajar yang ditetapkan.

Pasukan kedua pula hadir dengan aplikasi On-Spot Calorie Trimming Apps (OCTA) yang dibangunkan oleh 3 orang pelajar MRSM Batu Pahat. Aplikasi ini akan mengenal pasti makanan yang telah diambil oleh anda dan seterusnya mencadangkan aktiviti senaman untuk mengurangkan kalori berdasarkan makanan tersebut.

Pasukan ketiga pula telah memperlihatkan aplikasi Exam Companion yang dibangunkan oleh 3 orang pelajar (dari pasukan lain) yang juga dari Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Aplikasi ini membolehkan pelajar mengira Gred Purata Pelajar (GPP) selain membolehkan aplikasi ini memplot graf untuk melihat pencapaian dari semasa ke semasa.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang ini telah disempurnakan oleh CEO MDEC, Dato’ Yasmin Mahmood dengan menyampaikan hadiah berjumlah RM20,000 untuk setiap tiga pasukan yang berjaya. Para pelajar di dalam setiap tiga pasukan ini juga turut membawa pulang hadiah berupa MacBook Pro 2016 with Touch Bar sebagai kemudahan kepada mereka dalam pembangunan kreatif untuk akan-akan datang.

Laporan dan gambar oleh Amanz.my

TEMUBUAL RTM BERSAMA HM ANAND

PAUTAN PANTAS

   

   

SINGLE SIGN-ON

Single Sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang  berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang  pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem. 

 

 

MCKK Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.

Pemilihan kelompok 20 SBT yang pertama seperti diumumkan pada 25 Januari 2010 menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Pemilihan MCKK dalam kelompok 20 SBT pertama merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan buat warga sekolah. Secara holistiknya, ianya telah menyuntik semangat kepada para pendidik untuk terus berusaha demi menjaga reputasi sebagai SBT.

 

 

Aktiviti April & Mei 2017

31 Mac- 2 April    Kejohanan Bolasepak SBP B17 (Jemputan)

14–16 April    Karnival Hujung Minggu MCOBA 

22 April     Mesyuarat Agung PIBG

22 April     Piala Sultan Azlan Shah (MCKK-VI)

2–26 Mei     PT3 Sejarah

8–12 Mei     Pep. Pertengahan Tahun (T3)

8–24 Mei     Pep. Pertengahan Tahun (T4 & T5 ) 

Hubungi Kami

          

The Malay College Kuala Kangsar,

Jalan Tun Abdul Razak,

33000 Kuala Kangsar,

Perak Darul Ridzuan,

MALAYSIA.

 

Tel: +605 7761400

Fax: +605 7764500

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PAUTAN PEMBELAJARAN