The Malay College Kuala Kangsar

SSTMI kekal kejuaraan ragbi Premier 7's MCKK

KUALA KANGSAR: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Johor mengekalkan kejuaraan Kejohanan Ragbi Premier 7 Sepasukan Kolej Melayu Kuala Kangsar (Premier 7's MCKK) yang berakhir di sini, sebentar tadi.

Dalam perlawanan akhir di Kolej Melayu Kuala Kangsar itu, pasukan berkenaan mudah membelasah Sekolah Sukan Hong Kong (HKSS), 38-10 untuk mengekalkan Trofi NJ Ryan di bumi Bandar Penawar.  Pada aksi final itu pasukan SSTMI Tsunami Juniors yang menjuarai kejohanan berkenaan pada 2011, 2012 dan 2016, memperoleh enam try dan empat conversion secara keseluruhan manakala HKSS hanya mampu mencipta dua try. 

Perlawanan babak pertama menyaksikan pasukan bimbingan Syed Shazril Syed Mahadi terlebih dulu memperoleh try dan conversion yang disempurnakan oleh Muhd Helmie Iezlan Azmi. HKSS enggan mengalah apabila mendapat dua try masing-masing disempurnakan oleh Nicholas Hwong dan James Gostick, namun Hilmie sekali lagi mendapat try buat SSTMI untuk menjadikan kedudukan 12-10.

Bersambung babak kedua, SSTMI bagaikan dirasuk apabila mendapat empat try yang disempurnakan oleh Amir Danial Ross Effendy, Eddie Arriff Mohd Ferdaus Freedy, Mohd Suhairi Effendi Othman dan Eddie sekali lagi, selain mendapat tiga conversion untuk menamatkan aksi final dengan keputusan 38-10.

Syed Shazril yang juga pengemudi pasukan ragbi kebangsaan Bawah 20-Tahun (B-20), berkata dia berpuas hati dengan corak permainan ditunjukkan anak buahnya untuk mengekalkan kejuaraan berkenaan. Terdahulu, SSTMI mara ke final selepas mengalahkan English College (EG), 38-7 di suku akhir sebelum membelasah pasukan MCKK 29-0 di pusingan separuh akhir manakala HKSS menundukkan Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII (KEVII), 26-5  di suku akhir dan mengenepikan Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSM), 28-5 dalam peringkat separuh akhir.  

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing (SMSM) meraih tempat ketiga selepas menewaskan tuan rumah yang pernah bergelar juara pada 2013, MCKK, 22-5 pada perlawanan penentuan tempat ketiga / keempat. 

Perlawanan akhir turut disaksikan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa selain berkenan mencemar duli menyampaikan hadiah kepada pemenang. Yang turut hadir, Presiden Persatuan Murid-Murid Tua Malay College Kuala Kangsar (MCOBA), Tunku Datuk Ahmad Burhanuddin Tunku Datuk Seri Adnan. Sementara itu, Anugerah Pemain Terbaik menjadi milik Eddie Arriff manakala Penjaring Terbanyak diraih Muhamad Faiq Mohd Satar dari SMSM. 


Laporan dan gambar oleh Berita Harian

Lihat Rakaman Live Streaming 

Galeri gambar @ Facebook

TEMUBUAL RTM BERSAMA HM ANAND

PAUTAN PANTAS

   

   

SINGLE SIGN-ON

Single Sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang  berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang  pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem. 

 

 

MCKK Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.

Pemilihan kelompok 20 SBT yang pertama seperti diumumkan pada 25 Januari 2010 menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Pemilihan MCKK dalam kelompok 20 SBT pertama merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan buat warga sekolah. Secara holistiknya, ianya telah menyuntik semangat kepada para pendidik untuk terus berusaha demi menjaga reputasi sebagai SBT.

 

 

Aktiviti April & Mei 2017

31 Mac- 2 April    Kejohanan Bolasepak SBP B17 (Jemputan)

14–16 April    Karnival Hujung Minggu MCOBA 

22 April     Mesyuarat Agung PIBG

22 April     Piala Sultan Azlan Shah (MCKK-VI)

2–26 Mei     PT3 Sejarah

8–12 Mei     Pep. Pertengahan Tahun (T3)

8–24 Mei     Pep. Pertengahan Tahun (T4 & T5 ) 

Hubungi Kami

          

The Malay College Kuala Kangsar,

Jalan Tun Abdul Razak,

33000 Kuala Kangsar,

Perak Darul Ridzuan,

MALAYSIA.

 

Tel: +605 7761400

Fax: +605 7764500

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PAUTAN PEMBELAJARAN