The Malay College Kuala Kangsar

Sultan Nazrin sampaikan anugerah cemerlang pelajar MCKK

[Laporan UTUSAN MALAYSIA]

KUALA KANGSAR 19 Ogos – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang diadakan di Auditorium Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda di­iringi Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Pengetua MCKK, Anand Baharuddin.

Pada majlis tersebut, Sultan Nazrin menyampaikan anugerah kepada 186 pelajar cemerlang sekolah itu yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima dan program Diploma International Baccalaureate (IB) serta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

Baginda turut berkenan men­yampaikan dua penerima anuge­rah utama iaitu Anugerah Carey kepada Tengku Hadi Luqman Tengku Razmi manakala Syamil Hatim Mohamed Zaiman (Anugerah Hasanal Bolkiah).

Baginda juga menyampaikan empat anugerah lain kepada Mohamad Fayyadh Fazlula'ah (Anu­gerah Pengetua), Zamir Mohd. Shaiful Aizi (Anugerah­ MCOBA), Wan Muqry Zafran Mohd. Khairy (Anugerah Kepim­pinan) serta Mu­hammad Luqman Mohammad Nawar (Anugerah Persatuan Ibu Bapa dan Guru).

Sultan Nazrin kemudiannya men­yampaikan anugerah kepada 14 guru sekolah itu yang mengajar program IB serta sembilan guru cemerlang bagi mata pelajaran Fizik dan Bahasa Inggeris.

Sementara itu Anand dalam ucapannya berkata, MCKK telah mencatatkan keputusan melebihi sasaran untuk enam kali berturut-turut, sekali gus memantapkan kedudukannya dalam band satu se­kolah-sekolah Kementerian Pendidikan.

Katanya, keputusan tersebut di­peroleh menerusi penilaian pres­tasi 2016 atas empat bidang iaitu pencapaian akademik, kecemerlangan kokurikulum, kebitaraan sekolah serta jalinan dan jaringan sekolah.

“Dalam kelompok sekolah-sekolah ulung yang lain, MCKK me­rupakan sekolah berpres­tasi tinggi yang mana setiap tahun dinilai oleh Unit Prestasi dan Penyampaian Pendidikan (Padu).

“Bagi penilaian pada tahun la­lu, MCKK muncul enam kali berturut-turut dengan mencatatkan keputusan yang melebihi sasa­ran,” ujar beliau.

 

 

 

TEMUBUAL RTM BERSAMA HM ANAND

PAUTAN PANTAS

   

   

SINGLE SIGN-ON

Single Sign-on (SSO) ialah satu ciri kawalan akses untuk pelbagai sistem yang  berkaitan tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain. Dengan ciri ini, seorang  pengguna hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang dibenarkan akses tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk setiap sistem. 

 

 

MCKK Sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama.

Pemilihan kelompok 20 SBT yang pertama seperti diumumkan pada 25 Januari 2010 menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Pemilihan MCKK dalam kelompok 20 SBT pertama merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan buat warga sekolah. Secara holistiknya, ianya telah menyuntik semangat kepada para pendidik untuk terus berusaha demi menjaga reputasi sebagai SBT.

 

 

Aktiviti Julai 2017

AKTIVITI JULAI: 

8 Julai (Sabtu)  Program Kaunseling Tingkatan 5, Ceramah TM BM, Jamuan Aidilfitri dan Dialog Prestasi T5, T4, T3 (Jemputan) 

9 Julai (Ahad)  Bengkel Robotik

11 Julai (Selasa)  UK Education Fair

15 Julai (Sabtu)  Motivasi pelajar bersama Dr Syukri Abdullah 

21 Julai (Jumaat)  Motivasi PT3 oleh Ustaz Don

23 Julai (Ahadt)  Perlawanan Rugbi Tradisi MC-VC 2017

29 Julai (sabtu) Motivasi Guru PPD Cameron Highland

Hubungi Kami

          

The Malay College Kuala Kangsar,

Jalan Tun Abdul Razak,

33000 Kuala Kangsar,

Perak Darul Ridzuan,

MALAYSIA.

 

Tel: +605 7761400

Fax: +605 7764500

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PAUTAN PEMBELAJARAN