MCKK Berjaya Mengharumkan Nama Malaysia Dalam Kejohanan World Scholars Cup

MCKK Berjaya Mengharumkan Nama Malaysia Dalam Kejohanan World Scholars Cup

Diterbitkan pada Sabtu, 24 November 2018 – MCKK telah berjaya mengharumkan nama sekolah serta negara dalam kejohanan World Scholars Cup yang dilangsugkan di Yale, Amerika Syarikat. Pasukan yang terdiri daripada 6 orang peserta itu, iaitu Ahmad Adam, Luqman Nawar, Faiz Syafie, Mikhail, Irfan dan Aliff Daniel, telah disambut oleh YB Nik Nazmi, Encik Anand selaku Pengetua Sekolah serta beberapa pelajar kolej di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) siang tadi. Sebelum ini, pasukan ini telah melepasi dua peringkat yang bertempat di Melbourne, Australia serta di Pulau Pinang. Pencapaian mereka di Yale, Amerika Syarikat ini sekaligus membawa pulang 44 pingat yang juga merupakan pencapaian yang sangat membanggakan.