Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi Persekolahan 2019

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Sesi Persekolahan 2019

Pada hari ini, 8 Januari 2019, seramai 119 pelajar tingkatan satu telah mendaftar bagi sesi persekolahan 2019. Encik Anand bin Baharudin selaku Pengetua Sekolah dengan besar hatinya mengalu-alukan kehadiran batch 1923 serta ibu bapa yang hadir bagi menghantar anak-anak mereka. Sempena majlis pendaftaran pelajar tingkatan satu ini, Pengetua telah menekankan beberapa aspek yang penting bagi pelajar-pelajar tingkatan satu dengan memperkenalkan konsep 5C. Konsep 5C ini merupakan konsep mudah untuk mengingati aspek SITUASI, ADAPTASI, KONGSI, TOLERANSI dan KOMUNIKASI. Pengetua amat mengharapkan generasi baharu ini dapat membiasakan diri dalam suasana di asrama yang juga merupakan pengalaman baharu bagi batch 1923.

Program Minggu Silaturahim 2019 bagi pelajar tingkatan satu akan bermula pada malam ini dan kemuncaknya, iaitu Majlis Penutup Minggu Orientasi akan diadakan pada 18 Januari 2019.

Urursan menyemak pendaftaran serta fail sedang dikendalikan oleh pengawas yang bertugas

Pengetua serta barisan pentadbir sedang membuat persiapan sebelum berucap
Ibu bapa yang hadir mendengar ucapan dengan teliti
Encik Anand bin Baharudin selaku pengetua sekolah sedang memberikan ucapan
Ibu bapa menguruskan barang yang perlu dibeli di koperasi
Ibu bapa pelajar yang sedang membantu anaknya membuat persiapan sebelum masuk ke asrama
Pengawas bertugas membantu ibu bapa yang dengan menunjukkan arah ke koperasi
Pelajar mencuba untuk mengemas katil sendiri

Semoga Berjaya, Batch 1923!