Ragbi MCKK Premier 7s ikut jadual

February 28, 2020

KEJOHANAN Ragbi MCKK Premier 7s akan berlangsung seperti dijadual bermula 28 Februari hingga 1 Mac ini walaupun pasukan dari Hong Kong dan Singapura menarik diri saat akhir susulan penularan novel koronavirus 2019 (2019-nCov).

Pengarah kejohanan, Amrul Hazarin Hamidon berkata, hanya tiga pasukan Asia Tenggara iaitu dari Thailand, Brunei dan Indonesia akan menyertai kejohanan edisi ke-10 itu.

“Pada kebiasaannya, setiap tahun kami akan jemput 10 pasukan luar negara untuk sertai kejohanan ini. Tahun ini pada awalnya, lima pasukan telah sahkan penyertaan.

“Namun, disebabkan koronavirus, dua pasukan tarik diri. Bagaimanapun, ada positifnya juga kerana kita boleh beri peluang kepada pasukan tempatan untuk mengisi kekosongan itu,” katanya pada sidang media kejohanan, hari ini.

Beliau berkata pada penganjuran tahun lepas, hanya pasukan juara peringkat sekolah menengah di negeri-negeri dipilih menyertai kejohanan namun disebabkan ada pasukan luar negara menarik diri pada edisi kali ini, ia memberi peluang kepada pasukan naib juara untuk turut bersaing pada pertandingan tersebut.

Edisi kali ini menyaksikan 24 pasukan dari sekolah menengah tempatan dan luar negara berentap untuk merebut piala berprestij dikenali sebagai Trofi NJ Ryan.

Kejohanan bakal diadakan di Kuala Kangsar, Perak itu kini cukup popular sebagai antara pertandingan ragbi 7s peringkat sekolah menengah berprestij di Malaysia yang berjaya mencungkil bakat baharu sukan ragbi tempatan.

Sementara itu, Stadium Ragbi Nasional pertama di Malaysia akan mula dibina selewat-lewatnya pada Mei in dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh sekitar 18 hingga 24 bulan.

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, tender projek di Presint 14, Putrajaya itu baru sahaja ditutup awal bulan ini.

Bercakap kepada pemberita pada sidang media sempena Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s beliau berkata, apabila disiapkan stadium berkapasiti 2,500 penonton itu juga boleh digunakan untuk kegunaan lain-lain acara atau kejohanan sukan.

Related Posts

Selamat Bersara Cikgu Kamariah

Selamat Bersara Cikgu Kamariah

Cikgu Kamariah atau dikenali sebagai Kak K oleh kalangan rakan guru memulakan perkhidmatan di MCKK mulai 2003 setelah menabur khidmat bakti di SMK Temengong di Kati sejak 1984. 1984-1985 : SMK TEMENGGONG, KATI 1985-1988 : SBP SABAH 1988-1993 : SM BAGAN SERAI 1993-2001...

read more

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Looking for something?

Recent posts

Selamat Bersara Cikgu Kamariah

Selamat Bersara Cikgu Kamariah

Cikgu Kamariah atau dikenali sebagai Kak K oleh kalangan rakan guru memulakan perkhidmatan di MCKK mulai 2003 setelah menabur khidmat bakti di SMK Temengong di Kati sejak 1984. 1984-1985 : SMK TEMENGGONG, KATI 1985-1988 : SBP SABAH 1988-1993 : SM BAGAN SERAI 1993-2001...

Pautan Buku Teks Versi Digital untuk Kegunaan Guru dan Pelajar

Pautan Buku Teks Versi Digital untuk Kegunaan Guru dan Pelajar

Semua pelajar dan guru boleh mengakses buku teks digital KPM secara sah. Makluman ini telah pihak MCKK hebahkan kepada semua warga MCKK sejak awal PKP lagi. Buku-buku ini diletakkan dalam storan Google Drive dan para pelajar atau guru boleh mendapatkan dengan memuat...