Panduan ‘MCKK Remote Learning’ PKP COVID-19 (Guru)

March 23, 2020

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19, pihak sekolah memulakan inisiatif untuk menggunakan platform pembelajaran dalam talian Google Classroom dan Hangouts Meet bagi memastikan proses pembelajaran terus berlangsung.

Persediaan Guru

Untuk tujuan pembelajaran, keperluan berikut perlu disediakan:

  1. Peranti: PC / Laptop / Netbook / iPad
  2. Internet: Minimum kelajuan 3Mbps untuk DOWNLOAD dan UPLOAD (Semak kelajuan di SpeedTest.Net)

Guru boleh berbincang dengan pelajar untuk mewujudkan kumpulan khas di Telegram / Whatsapp bagi memudahkan komunikasi.

Platform

Dua platform ini akan digunakan sebagai medium pembelajaran:

  1. Google Classroom – Pembelajaran, perkongsian bahan, nota, pautan web dan juga penilaian.
  2. Google Hangouts Meet – Sesi video interaktif secara langsung dengan guru.

Anda boleh mengakses kedua-dua aplikasi ini menerusi pelayar web atau app peranti pintar. Muat turun di App Store atau Play Store.

Akaun Google G-Suite

Kedua-dua perkhidmatan daripada Google ini menggunakan akaun dengan ID yang sama. Anda akan diberikan ID G-Suite sedia ada dengan format [email protected].

Langkah-langkah untuk log masuk ke Google Classroom

  1. Log masuk ke Google Classroom
  2. Bina kelas. Proses ini berlaku sekali sahaja.
  3. Letakkan kod kelas anda disini. Dinasihati untuk meletakkan kod sebelum atau pada 24 Mac 2020 (Selasa).
  4. Ikut panduan ini jika anda mempunyai masalah menggunakan Google Classrom.
  5. Pembelajaran bermula.

Langkah-langkah untuk log masuk Google Hangouts Meet

  1. Rancang masa dan agenda kelas. Sediakan bahan (slaid, nota, pautan web, kuiz, pentaksiran).
  2. Log masuk. Digalakan guru menggunakan peranti bersaiz besar seperti PC/laptop/iPad. Pastikan anda mempunyai akses Internet yang stabil dan mencukupi.
  3. Kongsi kod penyertaan kepada pelajar anda. Rujuk panduan ini.
  4. Mulakan pembelajaran.

Bilakah sesi pembelajaran bermula?

Penggunaan platform ini bermula pada hari ini, 23 Mac 2020 (Isnin) yang mana dalam fasa pertama guru dan anda diberi fleksibiliti untuk merancang kumpulan kelas masing-masing. Pelajar diminta segera untuk log masuk pertama.

Aduan & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Pembestarian MCKK di nombor 013-4863010 (Cikgu Razif) atau emel ke [email protected]

Terima kasih.

By Editor

Related Posts

Ragbi MCKK Premier 7s ikut jadual

Ragbi MCKK Premier 7s ikut jadual

KEJOHANAN Ragbi MCKK Premier 7s akan berlangsung seperti dijadual bermula 28 Februari hingga 1 Mac ini walaupun pasukan dari Hong Kong dan Singapura menarik diri saat akhir susulan penularan novel koronavirus 2019 (2019-nCov). Pengarah kejohanan, Amrul Hazarin Hamidon...

read more

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Looking for something?

Recent posts

Teen inventor develops anti-abuse, anti-heat stroke devices

Teen inventor develops anti-abuse, anti-heat stroke devices

He is only 14, but Ariff Amir Ali has come up with some innovative devices that might address world issues such as child abuse and heat stroke prevention. A Form Two student of the Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Ariff has created prototype devices to help curb...

First Old Boy’s Weekend, 1929

First Old Boy’s Weekend, 1929

Perhaps one of the most important events occurred in 1923 when Malay College Old Boys Association was formed. The following account of their gathering is taken from the “Times of Malaya and Planters Gazette”: Kuala Kangsar, which is usually a quiet town, compared to...