Panduan ‘MCKK Remote Learning’ COVID-19 (Pelajar)

March 23, 2020

Sepanjang Langkah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak COVID-19, pihak sekolah memulakan inisiatif untuk menggunakan platform pembelajaran dalam talian Google Classroom dan Hangouts Meet bagi memastikan proses pembelajaran terus berlangsung.

Persediaan pelajar

Untuk tujuan pembelajaran, keperluan berikut perlu disediakan:

  1. Peranti: PC / Laptop / Netbook / iPad / Telefon Pintar
  2. Internet: Minimum kelajuan 3Mbps untuk DOWNLOAD dan UPLOAD (Semak kelajuan di SpeedTest.Net)

Ketua kelas boleh berbincang dengan guru subjek untuk mewujudkan kumpulan khas di Telegram / Whatsapp bagi memudahkan komunikasi.

Platform

Dua platform ini akan digunakan sebagai medium pembelajaran:

  1. Google Classroom – Pembelajaran, perkongsian bahan, nota, pautan web dan juga penilaian.
  2. Google Hangouts Meet – Sesi video interaktif secara langsung dengan guru.

Anda boleh mengakses kedua-dua aplikasi ini menerusi pelayar web atau app peranti pintar. Muat turun di App Store atau Play Store.

Akaun Google G-Suite

Kedua-dua perkhidmatan daripada Google ini menggunakan akaun dengan ID yang sama. Anda akan diberikan ID G-Suite baharu dengan format [email protected]. Dapatkan ID anda disini. Kata laluan adalah nombor kad pengenalan anda.

Langkah-langkah untuk log masuk ke Google Classroom

  1. Dapatkan ID G-Suite anda dan log masuk ke Google Classroom
  2. Dapatkan kod kelas disini. Kod boleh didapati mulai 24 Mac 2020 (Selasa). Jika tiada hubungi guru subjek anda.
  3. Ikut panduan ini untuk memasukan kod.
  4. Pembelajaran bermula.

Langkah-langkah untuk log masuk Google Hangouts Meet

  1. Pastikan anda mempunyai akses Internet yang stabil dan mencukupi.
  2. Log masuk pada pelayar web atau pada app peranti pintar.
  3. Dapatkan pautan atau kod penyertaan daripada guru anda. Rujuk panduan ini.
  4. Mulakan pembelajaran.

Bilakah sesi pembelajaran bermula?

Penggunaan platform ini bermula pada hari ini, 23 Mac 2020 (Isnin) yang mana dalam fasa pertama guru dan anda diberi fleksibiliti untuk merancang kumpulan kelas masing-masing. Pelajar diminta segera untuk log masuk pertama.

Aduan & Pertanyaan

Mempunyai masalah dengan akaun anda atau terdapat kesilapan nama pada ID G-Suite? Sila isi borang aduan ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Pembestarian MCKK di nombor 013-4863010 (Cikgu Razif) atau emel ke [email protected]

Terima kasih.

By Editor

Related Posts

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Looking for something?

Recent posts