‘FAQ’ Mengenai Inisiatif MCKK Remote Learning (PKP COVID-19) 2020 (dikemaskini)

March 29, 2020

‘FAQ’ mengenai MCKK Remote Learning 2020

Untuk edaran pelajar DAN MAKLUMAN ibu bapa. Dikemaskini pada 9 April 2020. 

1. Apa itu inisiatif ‘MCKK Remote Learning’?

‘MCKK Remote Learning’ merupakan satu inisiatif sokongan pembelajaran secara atas talian yang dimulakan sebagai satu alternatif pembelajaran semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Inisiatif ini diuruskan oleh Unit Pembestarian MCKK bagi menyediakan satu platform pembelajaran serta sokongan teknikal kepada para guru serta pelajar. Platform ini nanti akan terus terus digunakan walaupun setelah tamat tempoh PKP. 

2. Platform pembelajaran apa yang digunakan?

MCKK telah memperolehi pakej G-Suite for Education percuma daripada pihak Google sejak 2014. Menerusi sistem ini, guru dan pelajar boleh mengakses pelbagai platform pembelajaran Google secara percuma seperti Google Classroom, Google Meet, Gmail, Google+, ‘unlimited’ GDrive  dan pelbagai lagi.  

Google juga telah menaik taraf akaun G-Suite for Education milik MCKK dengan ciri-ciri seperti yang ada pada pakej G-Suite for Enterprise Education sehingga bulan Julai untuk menyokong pembelajaran ketika wabak COVID-19. Menerusi naik taraf, ia menyokong lebih banyak perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan oleh warga MCKK. 

Untuk tujuan itu, dua platform utama akan digunakan:

Google Classroom – Pengurusan pembelajaran, sesi perbincangan, soal jawab, perkongsian bahan, nota, pautan web dan juga penilaian.

Google Meet – Sesi video interaktif secara langsung dengan guru. Guru boleh menyiarkan slaid, video, nota, aplikasi pembelajaran dan sebagainya. 

Platform atau aplikasi pembelajaran lain juga dibenarkan mengikut keperluan guru tersebut.

3. Kenapa tidak menggunakan aplikasi G-Suite yang dibekalkan KPM menerusi inisiatif ‘Digital Learning’?. 

Sekolah memutuskan untuk menggalakkan guru dan pelajar menggunakan sistem sedia ada untuk mengelakkan kekeliruan serta tidak membebankan guru dengan memiliki dua akaun dengan tujuan yang sama. Oleh itu, sekolah telah memilih untuk menggunakan pakej daripada G-Suite yang sedia terpasang. 

G-Suite milik sekolah dan G-Suite dari KPM merupakan teknologi Learning Management System (LMS) yang sama. Namun begitu, ID serta password bagi DL KPM telah diedarkan kepada guru dan pelajar pada tahun lepas sebagai pilihan kepada mereka jika mereka ingin mengakses perkhidmatan lain yang ditawarkan menerusinya. 

4. Wajibkah guru dan pelajar menggunakan Google Classroom dan Google Meet?

Platform ini disediakan sebagai kemudahan kepada warga sekolah supaya pembelajaran dapat dilaksanakan ketika krisis berlangsung. Kita melihat tempoh PKP mungkin akan berpanjangan. Oleh itu, pihak sekolah menggalakkan guru dan pelajar yang mempunyai akses kepada Internet agar menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

Kita memahami keadaan guru yang sewaktu cuti, sebahagian mereka bergerak pulang ke kampung mulai 14hb Mac. Setelah PKP dilaksanakan pada 18 Mac, mereka tidak dapat bergerak pulang semula ke rumah masing-masing. 

Antara maklumbalas yang sekolah perolehi daripada sebahagian guru adalah:

  • Mereka berada di kampung yang mana liputan rangkaian Internet amat lemah. 
  • Peranti elektronik tertinggal di rumah dan guru sekarang berada di kampung.
  • Bahan-bahan pengajaran mereka juga ada yang tertinggal di sekolah. 

Perkara yang sama juga berlaku kepada pelajar apabila ada pelajar yang pulang ke kampung bersama keluarga sewaktu cuti namun tidak dapat bergerak semula ke rumah. Liputan Internet merupakan satu faktor pertimbangan pihak sekolah dalam pelaksanaan inisiatif ini. 

Oleh itu, pihak sekolah menetapkan untuk:

    1. Menggalakkan guru menggunakan platform Google Classroom (aplikasi sistem pengurusan pembelajaran) kerana platform ini tidak memerlukan kelajuan Internet yang tinggi. 
    2. Menggalakkan guru dan pelajar yang bersedia (dengan rangkaian Internet yang pantas – minimun 3Mbps) untuk menggunakan Google Hangouts Meets (aplikasi pengajaran secara telepersidangan). 

5. Bolehkah guru dan pelajar menggunakan platform lain?

Bagi memudahkan pemantauan, hanya Google Classroom sahaja dicadangkan. Namun, bagi tujuan pengajaran menerusi telepersidangan, guru dan pelajar bebas menggunakan apa sahaja platform alternatif bagi Meet yang dirasakan baik seperti Teams, Zoom, Webex dan sebagainya. 

Guru juga boleh menerokai pelbagai aplikasi pembelajaran lain untuk membantu guru dalam proses pembelajaran atas talian. KPM (menerusi Facebook rasmi mereka) juga menyediakan pelbagai panduan kepada guru dan pelajar mengenai cadangan teknologi yang mungkin sesuai digunakan. 

6. Bilakah pembelajaran bermula?

MCKK pada peringkat awal (sewaktu dalam tempoh cuti sekolah) telah menyediakan panduan, mengemaskini platform serta membina ID baharu kepada pelajar. Seterusnya, mulai 23 Mac, panduan ini diedarkan kepada guru dan pelajar. 

Dalam tempoh seminggu, guru diminta untuk mengaktifkan platform yang dibekalkan bagi guru yang belum mengaktffkan. Dalam tempoh ini, guru dan pelajar telah mencuba platform ini disamping guru menyediakan bahan dan rancangan pengajaran bagi minggu seterusnya. 

Beberapa siri latihan secara dalam talian juga telah disediakan kepada para guru untuk melatih mereka agar mahir. Guru-guru juga disediakan panduan yang khusus untuk menggunakan platform yang disediakan ini. 

Mulai 30 Mac, pembelajaran akan berlangsung sepenuhnya sehingga tamat tempoh PKP. Masa pembelajaran adalah bersifat fleksibel dengan guru bebas merancang pengajaran mereka agar objektif pembelajaran dapat dipenuhi. 

Walaupun 30 Mac merupakan tarikh pelaksanaan penuh, guru dan pelajar yang bersedia sudah boleh terus mula menggunakan plarform ini untuk pembelajaran. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, terdapat guru dan pelajar yang telahpun menggunakan platform ini secara aktif sejak Isnin lepas lagi. 

7. Adakah sekolah menyediakan jadual waktu khas?

Pembelajaran secara dalam talian berkonsepkan ‘learn anytime, anywhere’. Pembelajaran di Google Classroom sangat tidak praktikal untuk ditetapkan jadual waktu.  Guru boleh merancang sendiri masa mengikut kebijaksanaan dan profesionalisma yang dimiliki. 

Namun begitu, pihak sekolah cuba untuk mengatur kelas-kelas pengajaran secara video persidangan seperti Meet/Zoom/Webex secara gabung kelas agar sesi pengajaran dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai pelajar.

Berikut merupakan jadual terkini kelas yang bermula pada 9 Jun 2020.

8. Bagaimana pembelajaran ‘Remote Learning’ berlaku?

Sebagai contoh, Cikgu Hamizan ingin mengajar tajuk Karangan jenis Rencana dalam subjek Bahasa Melayu mulai 30 Mac (Isnin). Beliau mengunakan Google Classrom bagi menerangkan pengenalan kepada tajuk ini dengan melampirkan satu pautan Internet mengenai satu rencana yang baik untuk dibincangkan bersama.

Seterusnya, Cikgu Hamizan memaklumkan kepada pelajar (mungkin menerusi kumpulan Whatsapp atau boleh terus sahaja menerusi Google Classroom) yang beliau akan menggunakan Google Hangouts Meet untuk mengajar pelajar secara telepersidangan.

Setelah tamat sesi telepersidangan tersebut selama kira-kira 1 jam 15 minit, Cikgu Hamizan menggunakan platform Google Classroom untuk memberi tugasan menulis karangan kepada pelajar untuk dihantar sebelum 2 April (Khamis) jam 11.59 malam. Pelajar mengarang mengunakan aplikasi Google Docs seterusnya menghantar tugasan tersebut.

Seterusnya, Cikgu Hamizan boleh menggunakan ciri semakan tugasan yang ada pada aplikasi Classroom tersebut serta menyerahkan kembali hasil semakan kepada pelajar. Kemudian, Cikgu Hamizan boleh menjadual satu lagi sesi Meet dengan pelajar untuk memberi komen kepada beberapa hasil pelajar.

Oh!, ada beberapa pelajar terlepas sesi Meet tersebut. Jangan risau, Cikgu Hamizan telah merekod sesi tersebut untuk dimuat turun ke dalam Youtube. Sesi tersebut akan masih tetap diakses pada bila-bila masa sahaja. Seterus Cikgu Hamizan boleh merancang pula pembelajaran seterusnya untuk minggu hadapan.

9. Mengapa kod kelas Google Classroom bagi kelas saya masih belum dimasukan ke dalam pautan yang diberikan? 

Menerusi pautan yang diberikan, guru yang telah siap membina kelas akan memasukan sendiri kod kelas. Anda perlu sentiasa menyemak pada halaman tersebut. Jika masih lagi tiada, anda perlu menghubungi guru kelas anda untuk mendapatkan kod kelas. 

10. Saya terlewat menyertai kelas di Google Classroom kerana terlepas infomasi. Apa tindakan saya? 

Di laman web MCKK disediakan satu panduan lengkap dengan tajuk ‘Panduan MCKK Remote Learning COVID-19 Pelajar’. Boleh ikuti panduan yang diberikan. Jika anda terlepas sesi pembelajaran atau tugasan yang diberikan anda masih lagi boleh mengakses maklumat yang lepas. Dapatkan kod kelas anda di sini. 

Anda juga boleh menghubungi guru atau rakan-rakan sekelas yang lain untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai sesi kelas dan latihan yang telah diberikan. Kepada pelajar yang menyedari terdapat rakan mereka tiada di dalam Google Classroom, anda perlu mengambil inisiatif memaklumkan kepada mereka. 

11. Saya terlewat menyertai kelas di Google Classroom kerana terlepas informasi. Apa tindakan saya? 

Di laman web MCKK disediakan satu panduan lengkap dengan tajuk ‘Panduan MCKK Remote Learning COVID-19 Pelajar’. Boleh ikuti panduan yang diberikan. Jika anda terlepas pembelajaran atau tugasan yang diberikan.

12. Buku teks saya tertinggal di kelas atau asrama. Apa yang saya perlu lakukan?

Pihak KPM menyediakan buku teks secara digital untuk dimuat turun Oleh para pelajar. Ianya boleh diakses menerusi pautan berikut:

Buku Teks Digital KPM

Selain buku teks digital, terdapat pelbagai rujukan pembelajaran lain yang menarik di Internet. Khan Academy sebagai contoh merupakan satu platform pembelajaran terbaik yang boleh pelajar cuba untuk pembelajaran. 

13. Saya mengalami masalah dengan akses kepada platform ini. Bagaimana untuk menyelesaikannya?

Google Classroom dan Hangouts Meet boleh juga diakses menerusi telefon pintar. Masalah muncul apabila sesetengah peranti yang menjalankan Android versi lama mempunyai masalah untuk memuat turun app tersebut; atau, setelah memuat turun app, tidak pula dapat melakukan log masuk. 

Oleh itu, saya mencadangkan anda mengemaskini perisian pengoperasian peranti anda. Jika masalah masih berlaku, anda perlu menggunakan iPad dan Laptop atau mendapatkan telefon pintar yang menyokong versi terkini. 

Unit Pembestarian MCKK menyediakan satu borang aduan rasmi di laman web MCKK jika terdapat masalah lain. Jika anda memerlukan bantuan segera, boleh sahaja berhubung dengan Guru Penyelaras Bestari (En. Razif) di nombor talian 013 4863010.

14. Saya telah mengisi borang aduan namun masih tiada respon. 

Berdasarkan maklum balas Guru Penyelaras Bestari, kebanyakkan pelajar yang membuat aduan pada borang yang disediakan, apabila dihubungi, tidak mengangkat panggilan atau ada pelajar yang tidak membalas mesej yang dilakukan oleh beliau. 

Pihak sekolah akan terus membantu para pelajar dalam pelaksanaan inisiatif ini. Oleh itu, selain borang diatas, anda boleh terus menghubungi En. Razif di nombor talian 013 4863010 jika memerlukan bantuan segera.  

15. Bagaimana pula dengan pelajar-pelajar IBDP?

Pelajar IBDP MCKK telah menggunakan platform ini sejak 2017. Jadi, pelajar dan guru IBDP boleh meneruskan sahaja penggunaan platform sedia ada untuk pembelajaran.

16. Saya ibu bapa prihatin. Boleh saya tahu mengenai status semasa inisiatif ini?

Menerusi data yang diperolehi, sehingga catatan ini diterbitkan (iaitu pada 28 Mac 2020), hampir 70% pelajar telah mengaktifkan ID masing-masih. Manakala hampir 85% guru telah membina kelas bagi subjek kelas di Google Classroom. 

Jumlah ini dijangka akan meningkat lagi kepada 90% bagi akses pelajar dan 100% bagi kelas guru sebelum sesi penuh bermula pada Isnin ini. Oleh itu, pihak sekolah akan berusaha untuk terus menyalurkan maklumat kepada pelajar dan ibu bapa agar segera mencapai100%. 

17. Selaku ibu bapa, bagaimana saya ingin menyumbang kepada komuniti sekolah?

Pihak sekolah menghargai ibu bapa yang sudi membantu sekolah sekiranya ada yang ingin menganjurkan sesi latihan atas talian percuma kepada pelajar untuk apa-apa topik pendidikan semasa tempoh PKP. Ibu bapa bolehlah berhubung dengan pengetua melalui aplikasi Whatsapp atau Telegram di nombor talian 019 4417849 perbincangan lanjut. 

By Editor

Related Posts

Selamat Bersara Cikgu Kamariah

Selamat Bersara Cikgu Kamariah

Cikgu Kamariah atau dikenali sebagai Kak K oleh kalangan rakan guru memulakan perkhidmatan di MCKK mulai 2003 setelah menabur khidmat bakti di SMK Temengong di Kati sejak 1984. 1984-1985 : SMK TEMENGGONG, KATI 1985-1988 : SBP SABAH 1988-1993 : SM BAGAN SERAI 1993-2001...

read more

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Looking for something?

Recent posts

Selamat Bersara Cikgu Kamariah

Selamat Bersara Cikgu Kamariah

Cikgu Kamariah atau dikenali sebagai Kak K oleh kalangan rakan guru memulakan perkhidmatan di MCKK mulai 2003 setelah menabur khidmat bakti di SMK Temengong di Kati sejak 1984. 1984-1985 : SMK TEMENGGONG, KATI 1985-1988 : SBP SABAH 1988-1993 : SM BAGAN SERAI 1993-2001...

Pautan Buku Teks Versi Digital untuk Kegunaan Guru dan Pelajar

Pautan Buku Teks Versi Digital untuk Kegunaan Guru dan Pelajar

Semua pelajar dan guru boleh mengakses buku teks digital KPM secara sah. Makluman ini telah pihak MCKK hebahkan kepada semua warga MCKK sejak awal PKP lagi. Buku-buku ini diletakkan dalam storan Google Drive dan para pelajar atau guru boleh mendapatkan dengan memuat...