Jadual Pembelajaran Menerusi Video Telepersidangan Bagi Penggal ke-2 Persekolahan

June 05, 2020

Pembelajaran ‘Remote Learning’ menggunakan platform aplikasi telepersidangan video seperti GMeet/Zoom/Webex dan sebagainya akan mula dilaksanakan sepenuhnya mulai 9 Jun 2020 iaitu sejurus bermulanya penggal persekolahan ke-2.

Semua guru telah pun pulang ke tempat bertugas dan telah bersedia untuk melaksanakan pengajaran dari sekolah ataupun rumah. Berikut merupakan jadual kelas yang telah disahkan oleh pihak sekolah.

MUAT TURUN JADUAL KELAS – V1

Peringatan Kepada Pelajar Semasa Sesi Kelas

Semua pelajar MCKK diminta bersedia untuk mengikuti kelas online secara langsung bersama guru.

  • PdPc mesti mengikut jadual yang disediakan. Namun, perubahan waktu (bagi sesi yang tidak dapat dijalankan) tertakluk kepada makluman guru kelas.
  • Pelajar digalakkan untuk akses menggunakan akaun MCKK yang dibekalkan untuk mengelak sebarang masalah teknikal.
  • Muat turun aplikasi telepersidangan atau aplikasi pembelajaran lain yang diminta guru. Sesetengah aplikasi boleh diakses menerusi aplikasi pelayar web.
  • Semasa menyertai kelas, pastikan mikrofon anda dimatikan (MUTE). Hanya aktifkan jika diminta guru, atau jika perlu.
  • Kehadiran / penyertaan pelajar akan direkodkan oleh guru menerusi pautan yang diberikan pada ruangan ‘chat’ di GMeet/Zoom/Webex/etc.
  • Semasa sesi PdPc, pastikan fungsi kamera pada peranti/gajet masing-masing pada tetapan aktif.
  • Anda diminta bersedia dengan bahan pembelajaran dan buku rujukan seperti yang diminta guru.
  • Sebarang maklumat PdPc seperti pautan/kod penyertaan atau sebarang perubahan waktu kelas akan dimaklumkan dalam kumpulan Telegram tingkatan masing-masing.
  • Sila jawab soalan/latihan yang diberikan oleh guru untuk menguji kefahaman.
  • Sentiasa dengar dan patuhi arahan guru semasa sesi kelas.

Pihak sekolah ambil maklum yang mana kaedah pembelajaran menggunakan teknologi video telepersidangan memerlukan pelajar mempunyai peranti yang sesuai serta akses Internet yang cemerlang.

Oleh itu, kepada pelajar yang mempunyai masalah untuk pembelajaran diminta mengisi borang ini untuk pihak sekolah dan PIBG berusaha mencari jalan untuk membantu anda.

Sekian, Harap maklum.

#seronokbelajarseronokmengajar
#resultcemerlangmckkgemilang

 

By Editor

Related Posts

Selamat Bersara Cikgu Kamariah

Selamat Bersara Cikgu Kamariah

Cikgu Kamariah atau dikenali sebagai Kak K oleh kalangan rakan guru memulakan perkhidmatan di MCKK mulai 2003 setelah menabur khidmat bakti di SMK Temengong di Kati sejak 1984. 1984-1985 : SMK TEMENGGONG, KATI 1985-1988 : SBP SABAH 1988-1993 : SM BAGAN SERAI 1993-2001...

read more

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Looking for something?

Recent posts

Selamat Bersara Cikgu Kamariah

Selamat Bersara Cikgu Kamariah

Cikgu Kamariah atau dikenali sebagai Kak K oleh kalangan rakan guru memulakan perkhidmatan di MCKK mulai 2003 setelah menabur khidmat bakti di SMK Temengong di Kati sejak 1984. 1984-1985 : SMK TEMENGGONG, KATI 1985-1988 : SBP SABAH 1988-1993 : SM BAGAN SERAI 1993-2001...

Pautan Buku Teks Versi Digital untuk Kegunaan Guru dan Pelajar

Pautan Buku Teks Versi Digital untuk Kegunaan Guru dan Pelajar

Semua pelajar dan guru boleh mengakses buku teks digital KPM secara sah. Makluman ini telah pihak MCKK hebahkan kepada semua warga MCKK sejak awal PKP lagi. Buku-buku ini diletakkan dalam storan Google Drive dan para pelajar atau guru boleh mendapatkan dengan memuat...