Cikgu Kamariah atau dikenali sebagai Kak K oleh kalangan rakan guru memulakan perkhidmatan di MCKK mulai 2003 setelah menabur khidmat bakti di SMK Temengong di Kati sejak 1984.
- 1984-1985 : SMK TEMENGGONG, KATI
- 1985-1988 : SBP SABAH
- 1988-1993 : SM BAGAN SERAI
- 1993-2001 : SMK TEMENGGONG, KATI
- 2001-2003 : RAJA MUDA MUSA
- 2003-2020 : MCKK
26 Jun 2020 jam 5.00 petang merupakan detik bermakna dalam hidup beliau apabila secara rasminya tamatlah perkhidmatan beliau selaku Guru Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia.
Terima kasih kami ucapkan kepada beliau atas sumbangan yang tidak ternilai mendidik anak bangsa. Kami warga sekolah mendoakan semoga cikgu sentiasa sihat dan tenang menempuhi fasa baharu kehidupan.
Ayuh ekspresikan ucapan penghargaan anda kepada beliau di laman Facebook atau Instagram beliau.
Selamat bersara dan terima kasih cikgu.
0 Comments