Dengan segala hormatnya, semua warga MCKK dijemput untuk menyertai webinar anjuran Kuala Lumpur Engineering Science Fair (KLESF) yang menampilkan 4 orang pelajar MCKK iaitu Muhammad Izz Aniq Bin Mohammad Fariz | Ahmad (5SC1) dan Haris Hazwan Bin Eddynor | Ahmad (5SC4), ‘Ariff bin Amir Ali | Sulaiman (3U) dan Hifzhan Thaqif bin Radzali | Mohd Shah (2C). Mereka akan membentangkan projek yang telah berjaya meraih pelbagai anugerah disamping berkongsi pengalaman bersama dalam merealisasikan idea ke pentas dunia.
Penyertaan webinar tersebut adalah percuma dan boleh diakses melalui pautan di bawah:
https://forms.gle/6a4VG6Vy2jjmrdLYA
Diharapkan agar seluruh warga kolej dapat memberikan sokongan terhadap keempat-empat pelajar kita yang telah mengharumkan nama kolej sehingga ke peringkat antarabangsa. Ayuh MCKK! Segala kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.
0 Comments